SEJARAH KEMERDEKAAN

24 Mac 2010

JURANG PERBEZAAN PENCAPAIAN SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR AMAT KETARA

Perbezaan sekolah luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara terhadap pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian. Kemudahan prasarana adalah asas bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang baik. Pihak kementerian perlu mengutamakan faktor ini, disebabkan masih ada sekolah yang masih kekurangan bilik operasi seperti Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Pentadbiran,dan sebagainya. Begitu juga dengan padang sekolah untuk aktiviti ko kurikulum dan sukan. Faktor geografi bukanlah alasan utama untuk membangunankan kemudahan prasarana sekolah luar bandar, disebabkan sekolah yang terletak hampir dengan bandar atau pekan pun masih mengalami masalah kemudahan prasarana. Adalah tidak adil apabila dibandingkan tahap pencapaian keputusan diantara sekolah luar bandar dengan bandar.

Oleh yang demikian, lonjakan pembangunan fizikal sekolah luar bandar perlu dilakukan terlebih dahulu. Sekolah luar bandar mampu menandingi pencapaian sekolah bandar, sekiranya faktor asas ini di beri keutamaan perubahan. Contohnya, belajar dalam kelas yang dibina menggunakan kayu/papan, ada perbezaan dengan belajar dikelas yang dibina menggunakan simen/konkrit khususnya dari aspek semangat atau motivasi. Sekolah yang ceria, kondusif dan kukuh dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang bermutu.

Konsep 1 Malaysia “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” amatlah bersesuai dan dituntut untuk mengubah keadaan ini. Lawatan yang biasa dilakukan oleh Menteri-menteri, wakil rakyat, pengarah pelajaran dan yang lain, hanya tertumpu disekolah berprestasi baik dan sekolah bandar/pekan,perlu diubah sasaran lawatan ke sekolah berprestasi rendah dan luar bandar bagi mengetahui lebih lanjut tentang keadaan ini.
Dengan adanya konsep 1 Malaysia, semoga ia akan memberikan harapan baru terhadap masyarakat luar bandar yang mengimpikan kejayaan cemerlang.