SEJARAH KEMERDEKAAN

07 November 2010

TAHNIAH WANITA DAN PUTERI UMNO


Sejak bermulanya kempen di Galas tempoh hari, saya sering dimaklumkan mengenai kehebatan dan semangat juang tim Wanita dan Puteri UMNO kita di sana.

Walaupun saya tidak berada di situ, tidaklah sukar rasanya hendak membayangkan apa yang dimaksudkan dengan 'kehebatan' tersebut.

Ya, memang kita semua tahu, Wanita dan Puteri UMNO kalau berkempen, boleh naik bulu roma jadinya.

Mereka tak kira, kawasan putih ke, kawasan hitam ke, maju tetap maju, mara tetap mara, gempur tetap gempur

Gangguan dan ugutan ni jangan cakaplah, sampai satu peringat ada pakcik tua nak mampus dari parti bedebah siap tunjuk kemaluannya yang tak semegah itu kepada akak-akak kita ni

Bergaduh jangan kiralah.

Saya sungguh bangga betul dengan komitmen Wanita dan Puteri UMNO kita, dan saya rasa, pimpinan parti juga merasakan benda yang sama.

Sebab itu Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pernah menyatakan yang beliau cukup yakin Wanita dan Puteri UMNO kita berupaya menjadi ejen perubahan dan nadi tranformasi negara berdasarkan semangat serta azam baru yang ditunjukkan pergerakan itu.

Najib sebelum ini pernah menegaskan, melalui semangat yang ditunjukkan pergerakan juga dilihat mampu membantu parti bangkit daripada 'mimpi ngeri' terutamanya dalam usaha membawa kejayaan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Itu kata Perdana Menteri tau!.

Ini berbeza dengan parti pembangkang seperti PKR dan Pas.

Kedua-dua parti ini bukan tidak mempunyai jentera wanita, tetapi ia diketepikan begitu saja oleh pimpinan mereka.

Saya masih ingat, salah seorang wakil PKR dari Pulau Pinang, Romlah Bee pernah mendakwa, parti itu masih mengenepikan peranan ahli wanita dalam perjuangannya.

Beliau berkata, penglibatan golongan wanita seolah-olah dinafikan sedangkan ketika berkempen, golongan itulah yang turut sama di barisan hadapan membantu jentera parti pada pilihan raya.

“Kami dinafikan untuk memegang jawatan penting di peringkat cabang (bahagian) lagi dan kali ini kami daripada golongan wanita meminta agar penglibatan kami sekurang-kurangnya 30 peratus dalam setiap tempat bukan sahaja di cabang tetapi di peringkat kepimpinan tertinggi diambil kira.

“Apabila berkempen kami sanggup lakukan apa sahaja tetapi apabila sudah menang janganlah lupakan kami yang banyak membantu ini,” katanya ketika membahaskan hak-hak kesamaan gender pada Kongres Nasional Tahunan Ke-6 parti itu

Semoga Allah terus memberikan semangat dan aspirasi kepada Wanita serta Puteri UMNO untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara kita.

Syabas!

06 November 2010

USAH TERLALU SELESA DENGAN KEMENANGAN BERGANDA BN

Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang pernah hilang sebelum ini berulang lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu mengulangi kejayaan serupa di DUN Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor.

Lebih manis, kejayaan Galas boleh dianggap kemenangan berganda kerana bukan sahaja berjaya merampasnya dari tangan pembangkang, malah dengan majoriti yang lebih besar pula.

Merampas kerusi yang sebelum ini dipegang oleh Pas, di negeri yang dikuasai oleh Pas pula, bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana itu ramai yang tidak berani meramalkan nasib BN di Galas meskipun ada keyakinan yang tinggi untuk menang di Batu Sapi. Memang tidak dinafikan kawasan Gua Musang sebelum ini adalah kubu kuat UMNO tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu, buat pertama kali Pas berjaya menembusinya sejak 1955.

Begitu pun, dengan senario politik semasa dan ketidaktentuan bentuk sokongan pengundi atas pagar kaum Melayu dan Cina, BN dan Pas mempunyai peluang untuk menang.

Namun, majoriti penduduk Galas lebih menaruh kepercayaan yang tinggi kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff manakala di Batu Sapi pula, Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya mempertahankan kerusi BN. Rentak kejayaan seperti yang diperlihatkan di Galas dan Batu Sapi ini perlu dipertahankan oleh BN kerana gelanggang yang lebih besar iaitu PRU-13 akan tiba dalam sela waktu yang tidak terlalu lama.

Kerana itu, BN tidak boleh terlalu selesa dan berkeyakinan tinggi dengan kemenangan ini kerana meskipun ia menunjukkan peningkatan sokongan yang ketara, namun ia bukan ukuran kepada corak sokongan semasa.

Dalam terus melangkah ke depan, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan oleh jentera BN bagi memenangi hati rakyat secara keseluruhannya. Jika diukur dari sudut agenda pembangunan rakyat, apa yang ditawarkan oleh BN ketika ini boleh dikatakan serba lengkap dan sempurna. Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak misalnya, sudah merangkumi hampir kesemua aspek yang diperlukan untuk menggerakkan sebuah bangsa dan negara yang berjaya.

Gagasan itu pula diperkemaskan dengan pelbagai dasar-dasar pembangunan yang diumumkan satu persatu oleh Najib sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Cuma apa yang tinggal ketika ini ialah bagaimana jentera-jentera BN terutamanya di peringkat Bahagian dan Cawangan menyempurnakan agenda di sebalik gagasan itu supaya benar-benar dinikmati dan dirasai oleh rakyat.

Gerak kerja mendekati seramai mungkin pengundi yang ditunjukkan oleh pemimpin ketika di Galas dan Batu Sapi tempoh hari juga perlu dikekalkan dan diperhebatkan di kawasan-kawasan lain.

Bukan rahsia lagi, pendekatan seperti turun padang dan mendekati masyarakat secara langsung itu menjadi rahsia kepada kejayaan BN selama ini. Pada peringkat seperti ketika ini juga, BN perlu mengelak daripada terjebak dengan isu remeh-temeh yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ambil sahaja pengajaran daripada strategi pembangkang yang gemar mencetuskan provokasi dan menakut-nakutkan pengundi. Pendekatan pembangkang itu akhirnya menjerat diri sendiri kerana pengundi tidak melihat pembangunan yang cuba dibawa oleh pembangkang, melainkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada kerajaan.

Apatah lagi rakyat ketika ini juga berada dalam gelombang kesedaran yang tinggi untuk menilai parti mana yang lebih layak menerajui kepimpinan sesebuah kerajaan.

Kekalutan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang serta negeri-negeri yang dipimpin parti itu membuka mata rakyat bahawa tidak banyak pembaharuan yang boleh diharapkan.

Ini merupakan peluang bagi BN untuk meyakinkan rakyat bahawa parti itu seharusnya kembali menjadi pilihan pada pilihan raya akan datang. Perlu diperhatikan juga ialah peningkatan sokongan pengundi kaum Cina sama ada di Galas dan Batu Sapi.

Ia merupakan satu perubahan positif dan menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidaklah sepenuhnya menolak kepimpinan BN seperti yang sering digembar-gemburkan sehingga menakut-nakutkan kaum ini untuk mendekati BN.

Ia juga menunjukkan bahawa parti komponen MCA dan Gerakan masih berpeluang untuk menarik kembali kepercayaan pengundi-pengundi Cina untuk menyokong BN tanpa perlu mengikut trend pembangkang yang membuat tuntutan bukan-bukan.

Seperti kaum lain juga, pengundi kaum Cina tidak mempunyai masalah untuk menyokong BN sekiranya mereka diyakinkan bahawa nasib mereka akan lebih terjamin di bawah pemerintahan BN.

FAKTOR KEMENANGAN BN DI GALAS

Segala debaran sudah berakhir. Barisan Nasional (BN) yang pada awalnya dianggap tidak dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah mencatatkan keputusan sebaliknya. Parti itu menang dengan majoriti 1,190 undi.

Jumlah majoriti itu mengejutkan banyak pihak memandangkan sejak kempen bermula pada 26 Oktober lalu, ramai yang mengatakan cabaran BN cukup getir memandangkan mereka berhadapan dengan musuh tradisi iaitu Pas yang turut menjadi kerajaan negeri di Kelantan.

Tetapi pengundi-pengundi di Galas mempunyai fikiran yang berbeza. Jika pada tahun 2008, mereka menghumban BN ke lembah kekalahan berikutan faktor calon dan isu nasional, namun pada pilihan raya kecil kali ini, mereka membuktikan sebaliknya.

Mereka memberi kemenangan besar kepada calon BN yang dianggap muka baru iaitu Abdul Aziz Yusoff bagi membolehkan beliau menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed yang berusaha buat kali ketiga untuk menjadi 'Yang Berhormat'. Sebelum ini Dr. Zulkefli yang dikatakan pemilihannya tidak begitu disenangi oleh jentera Pas sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Kejayaan ini adalah juga kerana sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang secara konsisten menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan BN untuk merampas kerusi DUN Galas. Biarpun dilihat mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan, namun demi kepentingan parti, Tengku Razaleigh bersedia menerima amanah yang cukup besar iaitu mengepalai jentera BN sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Sejak dilantik, biarpun berhadapan cabaran getir, Tengku Razaleigh sentiasa tenang, senyuman sentiasa terukir di bibir walau ke mana sahaja beliau pergi. Cubaan pembangkang membangkitkan isu kononnya beliau merajuk apabila tidak mengiringi Abdul Aziz yang merupakan pilihan beliau ke dewan penyerahan borang pencalonan ternyata gagal.

Tengku Razaleigh tidak peduli itu semua, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian mengatur strategi tersendiri sehingga saat-saat akhir kempen bagi memastikan kemenangan calon BN. Tugas Ahli Parlimen itu menjadi mudah bukan sahaja kerana Abdul Aziz mempunyai latar belakang bersih tetapi juga dibantu oleh kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat melalui gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dikatakan menjadi penarik kepada pengundi-pengundi untuk kembali menyokong BN.

Wawasan Perdana Menteri disampaikan dengan penuh berkesan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun hanya dua kali turun ke Galas. Ini kerana Muhyiddin juga memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan menaruh penuh kepercayaan kepada Tengku Razaleigh mengatur strategi.

Kehadiran kali kedua dan terakhir Timbalan Perdana Menteri ke Galas iaitu sehari sebelum pengundian dikatakan turut memberi impak apabila dalam majlis bersama rakyat di Kampung Bahru, Gua Musang, Muhyiddin secara tegas memaparkan agenda kerajaan dalam mensejahterakan hidup rakyat.

Hujah beliau berhubung sikap BN yang sentiasa menunaikan janji dengan disertakan fakta turut menarik perhatian pengundi. Kebolehan Tengku Razaleigh, kewibawaan Perdana Menteri dan kemampuan Muhyiddin telah memberi semangat kepada jentera BN untuk bekerja bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah menggempur semua peti undi, biarpun ia berada di kawasan yang dianggap 'hitam'.

Sama ada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, kesemua mereka turut memainkan peranan cukup berkesan melaksanakan tanggungjawab menarik pengundi menyokong BN. Setiap hari, ada sahaja aktiviti dan gerakan yang dilakukan sehingga ia 'melemaskan' Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertindak balas.

Kemuncaknya ialah sehari sebelum mengundi apabila ketiga-tiga sayap berkenaan 'menggempur' setiap penjuru DUN Galas. Gerakan 'Gelombang Merah' yang menyaksikan Wanita dan Puteri UMNO 'menawan' hampir kesemua kawasan hitam terutamanya di pekan lama Gua Musang turut membuahkan hasil.

Gerakan 'Gelombang Merah' itu yang dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusof ternyata memberi kesan kepada pengundi.

Pada hari yang sama, ketika tempoh kempen memasuki saat-saat kritikal iaitu 12 jam sebelum pengundian, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang diberi tanggungjawab menjaga Sungai Terah yang merupakan kubu kuat Pas melakukan apa yang disifatkan oleh seorang teman sebagai 'gempuran komando'.

Ia kerana Mustapha dengan penuh berhemah berjaya menembusi kubu kuat itu dengan menemui pengundi-pengundi di kawasan berkenaan secara bersemuka, bukan sahaja di dalam kawasan BN tetapi juga kawasan Pas. 'Keberanian' tersebut telah memungkinkan BN berjaya mengendurkan jumlah majoriti Pas di kawasan itu di paras yang cukup signifikan.

Kegigihan pemimpin dan jentera BN ini telah memungkinkan peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina turut dikuasai parti itu atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peratusan undi yang dikehendaki. Selain itu, ia juga berjaya menggelakkan sebarang unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menjadi pengkhianat di dalam parti sendiri.

Ketika 'bala tentera' BN turun ke Galas dengan penuh keyakinan dan bersemangat, Pas pula yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman 'memasuki gelanggang' dalam keadaan 'cedera' di sana-sini termasuklah membawa beban akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat pada 2008 kepada pengundi Galas.

Bebanan Pas diburukkan lagi dengan isu ladang rakyat yang menyaksikan masyarakat Orang Asli yang merupakan pengundi ketiga terbesar iaitu 1,839 orang menantikan pilihan raya kecil ini sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kegelojohan kerajaan Pas Kelantan menceroboh tanah warisan mereka. Akibatnya, Pas tewas teruk di semua peti undi masyarakat Orang Asli.

Selain itu, sejak hari pertama kempen lagi, Pas tidak mampu 'menyerang' sebaliknya bertahan bukan sahaja dalam isu pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga isu melibatkan calonnya.

Apa pun pengundi-pengundi Galas sudah membuat keputusan dan selepas ini pasti kita akan kedengaran nyanyian 'lagu lama' oleh pembangkang bahawa BN membeli undi, jika itu dilakukan jelaslah Malaysia bernasib malang kerana mempunyai kelompok pembangkang seumpama itu.

Namun begitu, BN juga tidak boleh selesa kerana pengundi-pengundi Galas terutamanya Orang Asli menanti segala janji ditunaikan dan jika mereka melihat ia tidak dilaksanakan, percayalah apa yang berlaku kepada Pas di DUN berkenaan akan terjadi kepada BN kerana itulah kebijaksanaan pengundi Galas membuat keputusan.