SEJARAH KEMERDEKAAN

07 November 2010

TAHNIAH WANITA DAN PUTERI UMNO


Sejak bermulanya kempen di Galas tempoh hari, saya sering dimaklumkan mengenai kehebatan dan semangat juang tim Wanita dan Puteri UMNO kita di sana.

Walaupun saya tidak berada di situ, tidaklah sukar rasanya hendak membayangkan apa yang dimaksudkan dengan 'kehebatan' tersebut.

Ya, memang kita semua tahu, Wanita dan Puteri UMNO kalau berkempen, boleh naik bulu roma jadinya.

Mereka tak kira, kawasan putih ke, kawasan hitam ke, maju tetap maju, mara tetap mara, gempur tetap gempur

Gangguan dan ugutan ni jangan cakaplah, sampai satu peringat ada pakcik tua nak mampus dari parti bedebah siap tunjuk kemaluannya yang tak semegah itu kepada akak-akak kita ni

Bergaduh jangan kiralah.

Saya sungguh bangga betul dengan komitmen Wanita dan Puteri UMNO kita, dan saya rasa, pimpinan parti juga merasakan benda yang sama.

Sebab itu Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pernah menyatakan yang beliau cukup yakin Wanita dan Puteri UMNO kita berupaya menjadi ejen perubahan dan nadi tranformasi negara berdasarkan semangat serta azam baru yang ditunjukkan pergerakan itu.

Najib sebelum ini pernah menegaskan, melalui semangat yang ditunjukkan pergerakan juga dilihat mampu membantu parti bangkit daripada 'mimpi ngeri' terutamanya dalam usaha membawa kejayaan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Itu kata Perdana Menteri tau!.

Ini berbeza dengan parti pembangkang seperti PKR dan Pas.

Kedua-dua parti ini bukan tidak mempunyai jentera wanita, tetapi ia diketepikan begitu saja oleh pimpinan mereka.

Saya masih ingat, salah seorang wakil PKR dari Pulau Pinang, Romlah Bee pernah mendakwa, parti itu masih mengenepikan peranan ahli wanita dalam perjuangannya.

Beliau berkata, penglibatan golongan wanita seolah-olah dinafikan sedangkan ketika berkempen, golongan itulah yang turut sama di barisan hadapan membantu jentera parti pada pilihan raya.

“Kami dinafikan untuk memegang jawatan penting di peringkat cabang (bahagian) lagi dan kali ini kami daripada golongan wanita meminta agar penglibatan kami sekurang-kurangnya 30 peratus dalam setiap tempat bukan sahaja di cabang tetapi di peringkat kepimpinan tertinggi diambil kira.

“Apabila berkempen kami sanggup lakukan apa sahaja tetapi apabila sudah menang janganlah lupakan kami yang banyak membantu ini,” katanya ketika membahaskan hak-hak kesamaan gender pada Kongres Nasional Tahunan Ke-6 parti itu

Semoga Allah terus memberikan semangat dan aspirasi kepada Wanita serta Puteri UMNO untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara kita.

Syabas!

06 November 2010

USAH TERLALU SELESA DENGAN KEMENANGAN BERGANDA BN

Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang pernah hilang sebelum ini berulang lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu mengulangi kejayaan serupa di DUN Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor.

Lebih manis, kejayaan Galas boleh dianggap kemenangan berganda kerana bukan sahaja berjaya merampasnya dari tangan pembangkang, malah dengan majoriti yang lebih besar pula.

Merampas kerusi yang sebelum ini dipegang oleh Pas, di negeri yang dikuasai oleh Pas pula, bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana itu ramai yang tidak berani meramalkan nasib BN di Galas meskipun ada keyakinan yang tinggi untuk menang di Batu Sapi. Memang tidak dinafikan kawasan Gua Musang sebelum ini adalah kubu kuat UMNO tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu, buat pertama kali Pas berjaya menembusinya sejak 1955.

Begitu pun, dengan senario politik semasa dan ketidaktentuan bentuk sokongan pengundi atas pagar kaum Melayu dan Cina, BN dan Pas mempunyai peluang untuk menang.

Namun, majoriti penduduk Galas lebih menaruh kepercayaan yang tinggi kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff manakala di Batu Sapi pula, Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya mempertahankan kerusi BN. Rentak kejayaan seperti yang diperlihatkan di Galas dan Batu Sapi ini perlu dipertahankan oleh BN kerana gelanggang yang lebih besar iaitu PRU-13 akan tiba dalam sela waktu yang tidak terlalu lama.

Kerana itu, BN tidak boleh terlalu selesa dan berkeyakinan tinggi dengan kemenangan ini kerana meskipun ia menunjukkan peningkatan sokongan yang ketara, namun ia bukan ukuran kepada corak sokongan semasa.

Dalam terus melangkah ke depan, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan oleh jentera BN bagi memenangi hati rakyat secara keseluruhannya. Jika diukur dari sudut agenda pembangunan rakyat, apa yang ditawarkan oleh BN ketika ini boleh dikatakan serba lengkap dan sempurna. Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak misalnya, sudah merangkumi hampir kesemua aspek yang diperlukan untuk menggerakkan sebuah bangsa dan negara yang berjaya.

Gagasan itu pula diperkemaskan dengan pelbagai dasar-dasar pembangunan yang diumumkan satu persatu oleh Najib sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Cuma apa yang tinggal ketika ini ialah bagaimana jentera-jentera BN terutamanya di peringkat Bahagian dan Cawangan menyempurnakan agenda di sebalik gagasan itu supaya benar-benar dinikmati dan dirasai oleh rakyat.

Gerak kerja mendekati seramai mungkin pengundi yang ditunjukkan oleh pemimpin ketika di Galas dan Batu Sapi tempoh hari juga perlu dikekalkan dan diperhebatkan di kawasan-kawasan lain.

Bukan rahsia lagi, pendekatan seperti turun padang dan mendekati masyarakat secara langsung itu menjadi rahsia kepada kejayaan BN selama ini. Pada peringkat seperti ketika ini juga, BN perlu mengelak daripada terjebak dengan isu remeh-temeh yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ambil sahaja pengajaran daripada strategi pembangkang yang gemar mencetuskan provokasi dan menakut-nakutkan pengundi. Pendekatan pembangkang itu akhirnya menjerat diri sendiri kerana pengundi tidak melihat pembangunan yang cuba dibawa oleh pembangkang, melainkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada kerajaan.

Apatah lagi rakyat ketika ini juga berada dalam gelombang kesedaran yang tinggi untuk menilai parti mana yang lebih layak menerajui kepimpinan sesebuah kerajaan.

Kekalutan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang serta negeri-negeri yang dipimpin parti itu membuka mata rakyat bahawa tidak banyak pembaharuan yang boleh diharapkan.

Ini merupakan peluang bagi BN untuk meyakinkan rakyat bahawa parti itu seharusnya kembali menjadi pilihan pada pilihan raya akan datang. Perlu diperhatikan juga ialah peningkatan sokongan pengundi kaum Cina sama ada di Galas dan Batu Sapi.

Ia merupakan satu perubahan positif dan menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidaklah sepenuhnya menolak kepimpinan BN seperti yang sering digembar-gemburkan sehingga menakut-nakutkan kaum ini untuk mendekati BN.

Ia juga menunjukkan bahawa parti komponen MCA dan Gerakan masih berpeluang untuk menarik kembali kepercayaan pengundi-pengundi Cina untuk menyokong BN tanpa perlu mengikut trend pembangkang yang membuat tuntutan bukan-bukan.

Seperti kaum lain juga, pengundi kaum Cina tidak mempunyai masalah untuk menyokong BN sekiranya mereka diyakinkan bahawa nasib mereka akan lebih terjamin di bawah pemerintahan BN.

FAKTOR KEMENANGAN BN DI GALAS

Segala debaran sudah berakhir. Barisan Nasional (BN) yang pada awalnya dianggap tidak dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah mencatatkan keputusan sebaliknya. Parti itu menang dengan majoriti 1,190 undi.

Jumlah majoriti itu mengejutkan banyak pihak memandangkan sejak kempen bermula pada 26 Oktober lalu, ramai yang mengatakan cabaran BN cukup getir memandangkan mereka berhadapan dengan musuh tradisi iaitu Pas yang turut menjadi kerajaan negeri di Kelantan.

Tetapi pengundi-pengundi di Galas mempunyai fikiran yang berbeza. Jika pada tahun 2008, mereka menghumban BN ke lembah kekalahan berikutan faktor calon dan isu nasional, namun pada pilihan raya kecil kali ini, mereka membuktikan sebaliknya.

Mereka memberi kemenangan besar kepada calon BN yang dianggap muka baru iaitu Abdul Aziz Yusoff bagi membolehkan beliau menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed yang berusaha buat kali ketiga untuk menjadi 'Yang Berhormat'. Sebelum ini Dr. Zulkefli yang dikatakan pemilihannya tidak begitu disenangi oleh jentera Pas sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Kejayaan ini adalah juga kerana sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang secara konsisten menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan BN untuk merampas kerusi DUN Galas. Biarpun dilihat mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan, namun demi kepentingan parti, Tengku Razaleigh bersedia menerima amanah yang cukup besar iaitu mengepalai jentera BN sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Sejak dilantik, biarpun berhadapan cabaran getir, Tengku Razaleigh sentiasa tenang, senyuman sentiasa terukir di bibir walau ke mana sahaja beliau pergi. Cubaan pembangkang membangkitkan isu kononnya beliau merajuk apabila tidak mengiringi Abdul Aziz yang merupakan pilihan beliau ke dewan penyerahan borang pencalonan ternyata gagal.

Tengku Razaleigh tidak peduli itu semua, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian mengatur strategi tersendiri sehingga saat-saat akhir kempen bagi memastikan kemenangan calon BN. Tugas Ahli Parlimen itu menjadi mudah bukan sahaja kerana Abdul Aziz mempunyai latar belakang bersih tetapi juga dibantu oleh kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat melalui gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dikatakan menjadi penarik kepada pengundi-pengundi untuk kembali menyokong BN.

Wawasan Perdana Menteri disampaikan dengan penuh berkesan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun hanya dua kali turun ke Galas. Ini kerana Muhyiddin juga memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan menaruh penuh kepercayaan kepada Tengku Razaleigh mengatur strategi.

Kehadiran kali kedua dan terakhir Timbalan Perdana Menteri ke Galas iaitu sehari sebelum pengundian dikatakan turut memberi impak apabila dalam majlis bersama rakyat di Kampung Bahru, Gua Musang, Muhyiddin secara tegas memaparkan agenda kerajaan dalam mensejahterakan hidup rakyat.

Hujah beliau berhubung sikap BN yang sentiasa menunaikan janji dengan disertakan fakta turut menarik perhatian pengundi. Kebolehan Tengku Razaleigh, kewibawaan Perdana Menteri dan kemampuan Muhyiddin telah memberi semangat kepada jentera BN untuk bekerja bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah menggempur semua peti undi, biarpun ia berada di kawasan yang dianggap 'hitam'.

Sama ada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, kesemua mereka turut memainkan peranan cukup berkesan melaksanakan tanggungjawab menarik pengundi menyokong BN. Setiap hari, ada sahaja aktiviti dan gerakan yang dilakukan sehingga ia 'melemaskan' Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertindak balas.

Kemuncaknya ialah sehari sebelum mengundi apabila ketiga-tiga sayap berkenaan 'menggempur' setiap penjuru DUN Galas. Gerakan 'Gelombang Merah' yang menyaksikan Wanita dan Puteri UMNO 'menawan' hampir kesemua kawasan hitam terutamanya di pekan lama Gua Musang turut membuahkan hasil.

Gerakan 'Gelombang Merah' itu yang dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusof ternyata memberi kesan kepada pengundi.

Pada hari yang sama, ketika tempoh kempen memasuki saat-saat kritikal iaitu 12 jam sebelum pengundian, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang diberi tanggungjawab menjaga Sungai Terah yang merupakan kubu kuat Pas melakukan apa yang disifatkan oleh seorang teman sebagai 'gempuran komando'.

Ia kerana Mustapha dengan penuh berhemah berjaya menembusi kubu kuat itu dengan menemui pengundi-pengundi di kawasan berkenaan secara bersemuka, bukan sahaja di dalam kawasan BN tetapi juga kawasan Pas. 'Keberanian' tersebut telah memungkinkan BN berjaya mengendurkan jumlah majoriti Pas di kawasan itu di paras yang cukup signifikan.

Kegigihan pemimpin dan jentera BN ini telah memungkinkan peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina turut dikuasai parti itu atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peratusan undi yang dikehendaki. Selain itu, ia juga berjaya menggelakkan sebarang unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menjadi pengkhianat di dalam parti sendiri.

Ketika 'bala tentera' BN turun ke Galas dengan penuh keyakinan dan bersemangat, Pas pula yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman 'memasuki gelanggang' dalam keadaan 'cedera' di sana-sini termasuklah membawa beban akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat pada 2008 kepada pengundi Galas.

Bebanan Pas diburukkan lagi dengan isu ladang rakyat yang menyaksikan masyarakat Orang Asli yang merupakan pengundi ketiga terbesar iaitu 1,839 orang menantikan pilihan raya kecil ini sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kegelojohan kerajaan Pas Kelantan menceroboh tanah warisan mereka. Akibatnya, Pas tewas teruk di semua peti undi masyarakat Orang Asli.

Selain itu, sejak hari pertama kempen lagi, Pas tidak mampu 'menyerang' sebaliknya bertahan bukan sahaja dalam isu pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga isu melibatkan calonnya.

Apa pun pengundi-pengundi Galas sudah membuat keputusan dan selepas ini pasti kita akan kedengaran nyanyian 'lagu lama' oleh pembangkang bahawa BN membeli undi, jika itu dilakukan jelaslah Malaysia bernasib malang kerana mempunyai kelompok pembangkang seumpama itu.

Namun begitu, BN juga tidak boleh selesa kerana pengundi-pengundi Galas terutamanya Orang Asli menanti segala janji ditunaikan dan jika mereka melihat ia tidak dilaksanakan, percayalah apa yang berlaku kepada Pas di DUN berkenaan akan terjadi kepada BN kerana itulah kebijaksanaan pengundi Galas membuat keputusan.

21 Julai 2010

Kebenaran Pasti Menang



“Kita boleh membina jalan raya bertaraf antarabangsa, kita boleh membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, kita boleh membina lapangan terbang yang canggih, tercanggih di dunia, tetapi jika gagal membina dan membangunkan manusia, kita pasti akan gagal mencapai hasrat dan cita cita negara”.

“Jalan rosak boleh dibaiki, bangunan rosak juga boleh dibaiki, tetapi jika akal budi sudah rosak buruklah padahnya”.

“Walaupun miskin dari segi pendapatan tetapi isu atau persepsi miskin di dalam jiwa dan semangat perlu diubah”.

Tiga ungkapan di atas adalah di antara contoh ucapan yang pernah disampaikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri.

Meneliti ucapan ini kita dapat mengesan betapa Najib amat mengambil berat hal hal berkaitan pembinaan dan pembangunan manusia.

Sewaktu awal Islam, Rasullullah SAW juga amat menekankan pembentukan personaliti selain persoalan aqidah dan tauhid. Barangkali inilah ikutan Najib dalam membina negarabangsa tercinta ini.

Para pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat umumnya perlu mempunyai kesungguhan yang sama dalam menterjemahkan hasrat dan cita cita murni Najib ini.

Kita sudah dapat melihat banyak contoh betapa manusia yang terpelajar menggunakan ' kepandaian ' mereka dengan cara yang salah kesan pembangunan diri yang tidak seimbang.

Jenayah kolar putih selalunya dikaitkan dengan golongan terpelajar. Penipuan, pecah amanah, rasuah dan sebagainya masih menjadi barah dalam masyarakat kita.

Ada individu belajar dalam bidang agama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Terpelajar bahkan digelar ulama dan Tok Guru tetapi sentiasa sinis dan sarat sindiran khasnya apabila bercakap tentang perpaduan. Bergelar ulama tetapi tidak konsisten dalam pendirian.

Ada orang pakar dalam bidang undang-undang. Mereka mempersendakan undang undang dan institusi berkaitan dengannya demi kepentingan individu atau kelompok yang mereka wakili.

Ada pula yang amat petah berkata-kata. Pidato mereka memukau ribuan pendengar. Malangnya mereka menggunakan kelebihan ini untuk berbohong dan memfitnah.

Sangat bahaya sebenarnya jika kita gagal membina dan membangunkan manusia secara seimbang. Hakikatnya manusia adalah unsur terpenting dalam sesebuah negara.

Saya ingin mengajak pembaca untuk sama sama berfikir mengenai perkara ini kerana saya dapati ada pertentangan yang amat nyata sedang melanda negara kita. Kerajaan UMNO berusaha sedaya upaya membina dan membangunkan negarabangsa manakala kumpulan yang dipimpin oleh DAP bersungguh-sungguh mahu meruntuhkannya.

Kerajaan pimpinan UMNO berjaya mendirikan banyak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh negara. Begitu ramai doktor yang warak, jurutera yang berakhlak dilahirkan bermula di sekolah sekolah ini. Orang yang bekerja dengan agama menjadi landasan pasti akan jadi pekerja cemerlang.

Kadar kemiskinan dapat dikurangkan secara beransur ansur. Hampir tiada kemiskinan tegar dikesan dalam negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah Malaysia masih menjadi tumpuan pendatang asing kerana mereka boleh membina kehidupan di sini.

Umumnya rakyat hidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh. Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan.

Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO. Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat.

Saya merasakan bahawa masanya telah sampai untuk UMNO khasnya mula menyebut dan menerangkan kepada rakyat apa yang telah dibuat selama ini. Rakyat terutama orang Melayu mesti dikejutkan dengan kebenaran bahawa bukan semua kerajaan sama seperti kerajaan UMNO/BN.

Semua pemimpin UMNO di semua peringkat tidak lagi boleh berfikir untuk menjadi’ hero baik ' yang sentiasa menyembunyikan kebaikan mereka. Turunlah kepada rakyat, dedahkan apa yang selama ini mungkin rakyat tidak tahu.

UMNO mesti berubah. UMNO perlu pergi kepada rakyat, bukan duduk berharap akan berlaku persefahaman atau kerjasama bersama PAS. Mana mungkin parti besar yang banyak berjasa ini boleh duduk semeja dengan PAS yang kita ketahui telah dijajah. PAS telah dijajah dan tidak akan mampu membuat keputusan.

UMNO usah bimbang. Rakyat sedang memerhati dan menilai. Lebih penting daripada itu Allah juga melihat dan menilai. Pasti Allah tidak akan menolong mana-mana golongan yang menjual agamanya dengan harga yang rendah.

Dalam masa yang sama, pemimpin dan ahli UMNO juga mesti berani menilai diri. Hasil penilaian itu buatlah penambahbaikan. Percayalah, kebenaran pasti akan menang. - Utusan Malaysia

Sokong Penyatuan Melayu Tanpa Berpihak

Usaha Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menyatukan orang Melayu tanpa berpihak kepada mana-mana parti perlu disokong dan diberi keutamaan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib berkata, dalam konteks itu adalah tidak adil sekiranya menuduh tokoh agama itu sebagai mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan agama.

Tegasnya, kekuatan umat Islam kini bergantung kepada perpaduan orang Melayu supaya ia tidak dilihat lemah sehingga tidak mampu melaksanakan sebarang keputusan komprehensif.

‘‘Kenapa bukan Melayu boleh bersatu walaupun berbeza fahaman parti politik?

‘‘Dalam hal ini, saya yakin Melayu perlu bersatu dan semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah sehingga boleh mengorbankan hak istimewa orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas atas usaha beliau mahu menyatukan orang Melayu.

Mufti Perak itu pada masa sama turut melahirkan kebimbangan bahawa orang Melayu boleh hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya UMNO dan Pas enggan bersatu.

Dalam pada itu, Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi berkata, para cendekiawan terutama golongan ulama dan ilmuwan Islam perlu melibatkan diri dalam usaha mendamaikan dan mencari penyelesaian apabila berlaku pertelingkahan antara dua golongan saudara Islam mengikut kemampuan masing-masing.

Jelasnya, Islam turut melarang umatnya bersangka buruk sesama sendiri serta mencari kesalahan dan keaiban orang lain.

Katanya, ia selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, Sesungguhnya dan sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

‘‘Allah juga berfirman dalam surah yang sama ayat 12 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,” katanya.

Tambah beliau, perpecahan dan pergaduhan itu sebahagian dari maksiat dan hendaklah dielakkan.

‘‘Allah juga memerintahkan tolong-menolong dalam kebaikan dan kebajikan sebaliknya melarang menolong dalam melakukan kejahatan seperti perpecahan, persengketaan dan pergaduhan.

‘‘Nabi Muhammad SAW juga menggambarkan masyarakat Islam ini dalam kerjasama saling bantu membantu, bersimpati, berkasih sayang seperti satu tubuh apabila salah satu daripadanya mengadu kesakitan, seluruh anggota lain tidak akan tidur dan demam,” katanya

02 April 2010

1 Tahun: PM Buktikan Kemampuan Hadapi Ujian Krisis Menerusi Langkah Berani



KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) –- Sepanjang setahun menerajui negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenal pelbagai langkah drastik dan berani untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Kepimpinan beliau yang diuji dengan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku, selain kisah politik dalaman, dalam banyak cara meningkatkan profil negara di kalangan pelabur tempatan dan asing, terutama menerusi gagasan 1Malaysia.

Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Keenam Malaysia pada 3 April, 2009.

Malaysia berjaya menarik pelaburan asing yang besar - RM22.1 bilion tahun lepas dalam persekitaran yang sangat kompetitif, selain mencatatkan pertumbuhan yang diluar jangkaan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus pada suku keempat 2009, hasil daripada pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion.

Peringkat pertama pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Selasa lepas, diterima baik oleh pelbagai pihak walaupuun ada bidang berkepentingan tertentu, memerlukan penjelasan lanjut, yang dijangka lebih jelas semasa peringkat kedua pengumuman yang dijangkakan Jun ini.

MEP akan digabungkan dengan Rancangan Malaysia Ke-10. “Pelabur mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat hasil MEB memandangkan pengumuman peringkat kedua akan dibuat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata MEB menyediakan langkah yang lebih jelas dalam transformasi ekonomi kepada pengurus dana pada persidangan Invest Malaysia 2010 yang baru berlalu.
"Ia memberikan mereka lebih keyakinan dan menunjukkan kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh merealisasikan perancangannya,” katanya.
Yusli berharap pelabur tidak lagi mempunyai pandangan skeptikal selepas pelaksanaan fasa MEB yang seterusnya.

“Pelaksanaan pakej rangsangan kedua dan siri reformasi dasar ekonomi dan pelan transformasi, meningkatkan persepsi umum dan tahap kejayaan di kalangan komuniti perniagaan semasa krisis,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng.

Usaha menggerakkan pasaran modal dan liberalisasi sektor kewangan merupakan antara langkah pertama, terutama Kewangan Islam dan industri Parbankan, yang diterima baik oleh pelabur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank, Datuk Mohamed Azahari Kamil.

“Kami melihat perkembangan dan minat asing yang besar untuk membangunkan perniagaan mereka dan menggunakan Kuala Lumpur sebagai hab Kewangan Islam,” katanya.
Pengumuman yang dibuat sejak setahun lepas, terutama perubahan yang dibuat terhadap Jawatankuasa Pelaburan Asing, sangat positif untuk pasaran modal, kata Yusli.
“Pengurangan saham Bumiputera bagi syarikat untuk penyenaraian dan struktur baharu lembaga pengarah, telah membantu menjadikan pasaran lebih cekap dan memudahkan syarikat mengumpul wang dan membuat penawaran awam permulaan (IPO),” katanya.
Walaupun banyak inisiatif disediakan semasa krisis, baru kini syarikat lebih bersedia mengumpul lebih banyak tunai dan modal dan oleh itu “kami menjangkakan lebih banyak dana akan dikumpul sekarang bersesuaian dengan kerangka kerja yang sudah tersedia.”

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata walaupun impak sepenuhnya langkah liberalisasi belum dapat dilihat kerana baru setahun dilaksanakan, namun ia sudah menunjukkan kemajuan. ”Kita perlu tunggu kerana inisiatif ini tidak membuahkan hasil semalaman tetapi mengambil masa dalam tempoh beberapa tahun,” katanya.

Presiden Coca-Cola Company Pacific Group, Glenn Jordan, berkata syarikat multinasional itu sangat yakin terhadap kemajuan negara dan perniagaannya di sini.
"Pelaburan RM1 bilion membuktikan komitmen kukuh Coca-Cola terhadap Malaysia dan pelanggannya dalam menawarkan pilihan minuman segar, mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu membangunkan komuniti yang baik.

Selain gagasan 1Malaysia, yang bermatlamat merapatkan hubungan sesama masyarakat, Najib juga menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas berbanding Indeks Prestasi Utama (KPI), yang akan membantu menyediakan penanda aras untuk bersaing di peringkat dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Michael Lai.

“Perbadanan seperti kita sentiasa mempunyai objektif dan KPI yang jelas setiap tahun. Saya berpendapat ia sangat baik dari segi sejauh mana seriusnya PM kita untuk mencapai objektif dan matlamat dalam menggerakkan negara ke tahap yang lebih tinggi, dan mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh 10 tahun yang akan datang,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan, ialah Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam medium sosial, selari dengan inisiatif jalur lebar.
Perdana Menteri mempunyai Facebook — rangkaian sosial, akaun twitter serta blognya sendiri.

Penggunaan dunia digital sebagai satu platform penglibatan, sangat kritikal memandangkan dunia hari ini tidak lagi mengenai perhubungan satu sama satu malah sama rata di ruang siber, yang melibatkan semua pihak, termasuk generasi muda, yang kehidupan mereka kini banyak berkait rapat dengan media digital,” kata Lai.
Kejayaan memacu negara keluar daripada kemelesetan, beliau bagaimanapun menghadapi cabaran yang lebih besar - mengangkat ekonomi negara yang bergantung kepada pekerja asing, keluar daripada negara berpendapatan sederhana dan merealisasikan gagasan 1Malaysia serta aspirasi negara berpendapatan tinggi, kata Yeah.
"Cabaran ini dijangka membuktikan bakat kemahiran kepimpinan pengurusan dan politik Perdana Menteri,” katanya.

Yusli berkata tumpuan berterusan perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang tepat dari sistem sekolah hingga pendidikan tinggi memandangkan tumpuan adalah terhadap industri berpendapatan dan bernilai tambah yang tinggi.
Pong berkata pelaksanaan Model Ekonomi Baru merupakan langkah penting oleh Perdana Menteri dalam memastikan arah tuju ekonomi Malaysia yang lebih jelas.
Mengikut sektor, beliau berkata negara perlu membuat pelaburan yang lebih banyak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui serta farmaseutikal, terutama dalam peneylidikan dan pembangunan modal insan. Negara memerlukan produk yang mampu menjadi pasaran khusus, dan dapat mewujudkan kekayaan. Inilah antara bidang baharu pertumbuhan terutama dari segi pembuatan, katanya.

Sektor awam mesti bekerjasama dengan sektor swasta bagi merealisasikan program yang dibentangkan oleh Najib dalam Model Ekonomi Baru, kata Pengerusi Perbadanan Hak Harta Intelektual Malaysia, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton.
“Beliau memerlukan sokongan padu daripada rakyat, yang akan menjayakan program seperti Model Ekonomi BAru, terutama sektor awam,” katanya.

( Sumber : Malaysia Instinct - 2 Mac 2010)

24 Mac 2010

JURANG PERBEZAAN PENCAPAIAN SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR AMAT KETARA

Perbezaan sekolah luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara terhadap pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian. Kemudahan prasarana adalah asas bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang baik. Pihak kementerian perlu mengutamakan faktor ini, disebabkan masih ada sekolah yang masih kekurangan bilik operasi seperti Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Pentadbiran,dan sebagainya. Begitu juga dengan padang sekolah untuk aktiviti ko kurikulum dan sukan. Faktor geografi bukanlah alasan utama untuk membangunankan kemudahan prasarana sekolah luar bandar, disebabkan sekolah yang terletak hampir dengan bandar atau pekan pun masih mengalami masalah kemudahan prasarana. Adalah tidak adil apabila dibandingkan tahap pencapaian keputusan diantara sekolah luar bandar dengan bandar.

Oleh yang demikian, lonjakan pembangunan fizikal sekolah luar bandar perlu dilakukan terlebih dahulu. Sekolah luar bandar mampu menandingi pencapaian sekolah bandar, sekiranya faktor asas ini di beri keutamaan perubahan. Contohnya, belajar dalam kelas yang dibina menggunakan kayu/papan, ada perbezaan dengan belajar dikelas yang dibina menggunakan simen/konkrit khususnya dari aspek semangat atau motivasi. Sekolah yang ceria, kondusif dan kukuh dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang bermutu.

Konsep 1 Malaysia “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” amatlah bersesuai dan dituntut untuk mengubah keadaan ini. Lawatan yang biasa dilakukan oleh Menteri-menteri, wakil rakyat, pengarah pelajaran dan yang lain, hanya tertumpu disekolah berprestasi baik dan sekolah bandar/pekan,perlu diubah sasaran lawatan ke sekolah berprestasi rendah dan luar bandar bagi mengetahui lebih lanjut tentang keadaan ini.
Dengan adanya konsep 1 Malaysia, semoga ia akan memberikan harapan baru terhadap masyarakat luar bandar yang mengimpikan kejayaan cemerlang.