Dasar pendidikan sering berubah-ubah dari semasa ke semasa, hanya kerana mahu melihat proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, berkesan dan mencapai tahap yang disasarkan. Pelajar dapat menerima dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik serta menepati sasaran Falsafah Pendidikan Negara.
Bekalan kemudahan ICT dan peralatan lain untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran terus diberi kesemua sekolah tak kira luar bandar dan bandar. Latihan perguruan terus ditingkatkan. Namun masih ramai tercicir dari arus perubahan ilmu, disiplin semangkin tidak terkawal di kalangan pelajar.
Bilangan pelajar yang mencecah sehingga 40 orang dalam satu kelas adalah salah satu punca pencapaian matlamat pendidikan kurang berkesan. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diperolehi 100% oleh murid. Gangguan rakan sekelas dan kesesakan kerusi meja boleh boleh menjadikan ia tidak selesa. Sudah pasti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan guru terpaksa mengawal disiplin sahaja dengan sedikit pengajaran. Penilaian kelemahan dan kelebihan murid juga agak terbatas.
Bagi menjadikan isi pembelajaran diperolehi dengan lebih mudah dan berkesan adalah lebih baik bilangan murid bagi sebuah kelas dihadkan kepada 25 hingga 30 orang sahaja. Dengan keadaan ini guru dan pelajar dapat mengajar dan belajar dengan selesa. Guru dapat memberikan ilmu dengan mudah dan berkesan. Pengawalan dan pengurusan kelas dapat dilakukan dengan senang. Setiap murid dapat dikenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka. Kelemahan murid yang dikenalpasti mudah untuk diatasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan