SEJARAH KEMERDEKAAN

21 November 2009

PELANCARAN 1 MALAYSIA PERINGKAT SK SKIM KOKOS KUNAK










KUNAK- Pelancaran 1 Malaysia peringkat SK Skim Kokos telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Encik Susilo Sumarto, Pegawai Daerah Kunak. Turut hadir Pengerusi PIBG, Pengerusi Koperasi Skim Kokos, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK. Majlis itu berlangsung selama 3 hari, pada hari diadakan pertandingan melukis 1 Malaysia, Hari kedua sukaneka perpaduan dan hari ketiga ialah Pelancaran 1 Malaysia yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional suku kaum bajau, kokos, kadazan dan melayu. Disamping itu pertandingan pakaianan tradisional juga diadakan. Dan kemuncak acara ialah Pesta Kuih Tradisi. Menurut pengerusi Penganjur Encik Herman Rahim, program ini diadakan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan harmoni. Disamping itu ia juga bagi mengisi ruang masa selepas peperiksaan semester 2. Pada masa yang sama juga dilancarkan Tema Program/sekolah iaitu "MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Menurut Encik Herman lagi, pada tahun akan datang Pesta Kuih boleh ditonjolkan sebagai satu tema program 1Malaysia di sekolah ini.

1 ulasan: